Maskahwin disebut juga sebagai Mahar dalam bahasa Arab adalah satu bentuk pemberian daripada bakal suami kepada bakal isterinya dengan sebab perkahwinan.
Sksyen 2(1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 tafsiran maskahwin bererti “pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah Hukum Syarak oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran atau berupa sesuatu yang menurut Hukum Syarak dapat dinilai dengan wang
Pemberian’ ditafsirkan sebagai “pemberian sama ada dalam bentuk wang atau barang-barang yang diberi oleh seorang suami kepada seorang isteri pada masa perkahwinan”.
Hantaran pula lebih menjurus kepada adat resam sahaja, ia bergantung kepada bangsa, gaya berbelanja, budaya dan keturunan wanita yang dikahwini.
kat Kamus Dewan HANTARAN bermaksud “wang yang dihantar oleh pihak lelaki kepada bakal mertua untuk perbelanjaan perkahwinan, belanja hangus”. “(dalam majlis perkahwinan orang Melayu) hadiah (berupa makanan, pakaian dan sebagainya) yang dibawa bersama wang hantaran: pihak pengantin lelaki membawa tujuh dulang”.
Maskahwin merupakan hak isteri yang berkaitan dengan pernikahannya manakala hantaran bebas dibelanjakan samada oleh isteri, ibu bapanya atau sesiapa sahaja yang diberi keizinan oleh adat atau si isteri itu sendiri
Maskahwin datangnya daripada duit suami manakala hantaran boleh dibiayai oleh sesiapa sahaja yang berniat untuk memeriahkan lagi walimah yang diaturkan oleh kedua belah pihak
Dalam takrifan umum hantaran berasaskan kepada adat, manakala maskahwin ditetap dan wajibkan oleh syarak.
2tahun menyepi?
5 years ago
1 comments:
wakkakakka
Post a Comment